Rombongan Tadika Aboy, 05/08/08
Hari ni anak bongsu kami (title akan guguq tak lama lagi) dapat greelite dari mama & papa ikut rombongan tadika ke Petrosains, KLCC. Awal 2 cikgu dh bgtau kena ada kat sekolah pukul 730 pg.
Alhmdulillah, sempat siapkan budak2 awal sket, pukul 730 pg dah terpacak kat sekolah. Dalam beg sekolah mama sempat prepare sandwich, air anggur, jacket n huggies pull-up (incase dia nak terkucil dalam bas nanti!)…Hakim lak monyok jer muka dia takdapat join..nk wat camner..tu bukannyer sekolah dia.. Kira mengintai dari kejauhan ajela..
Lepas acara serahan kamera pada che’gu Za & berbabai-babai kami anak beranak..inilah hasilnya trip perjalanan aboy bersama kawan2…
Brood’s Sports Day 2008
Sepanjang ketiadaan kami di Tanah Suci, aboy & hakim tumpang tadika PASTI kat temerloh. Bila masuk ke tadika sepang balik, both school tengah sibuk preparation untuk hari sukan masing2…
Kebetulan pulak dua2 ada hari sukan pada minggu yg sama, elok pulak tu sorang sabtu, sorang ahad, program asal kami balik kg makan buah bertukar kepada program hari sukan kanak2 sedunia..
Aboy : Dalam 3 game dia main, 1 je menang.. itupun 3rd one. Sampai dia give up takmo main yg kali ketiga tu pakai sbb dah kalah…mujur mama dia ada bg moral support….go aboy, go!!!
Hakim : 2 sukan dia main, sbb geng2 dia besar2 so menang ajelaa. Yg lain ala2 concert..tarian la, gymrama laa… memasing gelek boleh tahan..kalah shah rukh khan & kajol..sabor ajelaa..
Sarawak Cultural Village, Santubong
Pertama kali jejak ke Kuching 4 tahun lepas, kami tak ke sini sbb jauh & ingatkan tak best…Now dah ada 2 hero malaya +mak & apit ada sekali, rasanya baru ler ’sajak’ nak pergi..
Booking pakej dari hotel, yg bestnye sbb jenjalan hari kerja so satu van tu famili kitorang jer.. Gerak dari hotel jam 9 pagi, sampai SCV 40min later. Ada 7 buah rumah kot kat sini, Rumah Iban, Melanau, Melayu, Cina, Bidayuh, Penan & Ulu.. Errr, Lupalah! Ntah betul tidak… Berbaloi datang sini, highly recommended sbb dpt tengok & alami kebudayaan diorang, setiap rumah ada demo masing2. Kalo nak banding dgn yg Taman Mini Msia kat Melaka tu mmg jauh siku dari kaki
Pak Supir Hj Salleh mmg baik hati & guide yg bagus, sepanjang perjalanan dia tak henti2 cerita pasal sarawak.. kat SCV pun dia semangat nak bercerita itu ini wpun me lebih interested nak kejar 2 hero yg dah mula mengganas nak cuba semua benda.. Luqman Hakim pulak byk bertanya, Pak Supir dok letih explain kat dia ajelah
Abis tawaf SCV (penat oo naik umah2 derang ni,sambil tengok rumah2 diorang + live show budaya hidup diorang) pukul 1130 pg kitorang bergegas ke dewan sbb show nak mula. Abis show terus keluar n lunch kat petrajaya. Pastu kitorang mintak pak salleh pusing sekitar bandar kuching & bawak ke kedai kek sarawak & ikan terubuk masin sekali… Pukul 3 petang baru abis round sbb memasing dah surrender sbb penat.
Jenjalan 3 generasi (15-17 June, 2008)
if tahun lepas gi langkawi, tahun ni kami bawak hjh sepiah gi saghawak plak.
Kitorang hanya ada 48 jam, satu hari simpan utk ke Damai (entry ke Cultural Village pas ni), sehari lagi kitorang jenjalan sekitar waterfront & naik bot ke kampung seberang. Aktiviti lbih kepada jalan2 cari makan shj..me & mak tak shopping pun sbb termiss Pasar Satok & Serikin nyer timing.
Rombongan cik kuran & cik tyn ke kole tengganu.
Tiada kata yg mampu ku ceritakan…
Best..best..bestt….
1001 pengalaman sepanjang journey kl-bentong-cherating-marang-kole terengganu.
If berkesempatan me nak repeat lagi tapi mebbi sekerat jalan jer if by road. Stop at awana kijal or cherating. Nak ke KT me prefer by air.
Puas hati dapat pekena otak2&satar kat pantai moknik kemaman, ikan & sotong celup tepung kat kelulut, makan nasi dagang nenek kat chendering, gi makan & bungkus kopok lekor kg losong, gi borong kat pasar payang, tengok masjid kristal, terapung & pantai2 yg indah dll. Cum dok dang beli roti ‘paung’ je sbb kedai dah tutup on the way back.
Sempat jumpa eyna yg menentang arus di Paka. Selisih jer kat jalan terus stop & lepak kat kopitiam berhampiran. Me, tyn & eyna sakan bergosip sbb udah lama tak jumpa, sampai terlupa nak ambik gambo.















































































































